GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, Selasa lepas.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata CAP juga menggesa agar pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan teliti dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa manakala dua lagi cedera parah.
"Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKPP) digesa untuk menyiasat dengan menyeluruh insiden yang berlaku itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab dengan kemalangan tersebut.
"Memandangkan tempat kejadian itu berdekatan dengan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil, sebarang struktur dibina di kawasan itu perlu dipastikan benar-benar selamat dengan mengambil kira semua langkah keselamatan terutamanya kajian geologi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
Sebelum kejadian, 18 pekerja warga asing sedang bekerja namun sembilan daripada mereka keluar untuk bersolat. Bagaimanapun, empat pekerja yang dikatakan tertimbus sebenarnya masih hidup selepas melarikan diri kerana ketakutan.
Mohideen berkata dalam dua kes utama di Pulau Pinang sebelum ini iaitu perancah runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sirip dinding runtuh di bangunan setinggi 21 tingkat, Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mendapati berlaku ketidakcekapan dan kecuaian.
"Setiap kali berlaku kemalangan, kita akan tertanya-tanya kenapa ia berlaku. Adakah ia cuma suatu kemalangan ataupun berlaku kerana kecuaian? Sekiranya ia berlaku disebabkan oleh kecuaian, maka siapakah patut dipersalahkan?
"Pemaju, kontraktor, pekerja binaan atau pihak berkuasa sendiri? Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang secara tegas serta berterusan akan menjadikan pihak bertanggungjawab dalam industri pembinaan serta pihak berkuasa berkaitan lebih mematuhi undang-undang," katanya.
Beliau berkata kejadian itu perlu diberi perhatian kerana melibatkan banyak pihak selain melibatkan nyawa pekerja.
Menurutnya pihak berkuasa berkaitan juga perlu menguatkuasakan undang-undang secara tegas dan berterusan bagi memastikan semua langkah keselamatan di tapak pembinaan telah dipatuhi serta langkah berjaga-jaga perlu diambil berat apabila bekerja dalam situasi bahaya.
"Tindakan tegas boleh memberikan mesej kepada syarikat pembinaan bahawa undang-undang perlu dipatuhi setiap masa dan pemilik premis perlu bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
CAP juga menggesa agar pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan teliti dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan. - Foto BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Runtuhan gudang: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas deka
Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.
Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Runtuhan gudang: SAR ditamatkan, 4 pekerja disangka hilang dipercayai lari
Operasi SAR empat pekerja binaan warga Bangladesh yang dikatakan terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, telah ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi.
Runtuhan gudang: 2 pekerja kritikal, tidak sedar diri
Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh yang cedera dalam runtuhan struktur gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar diri.
Runtuhan gudang: "Syukur saya turun awal" - Pekerja tapak pembinaan
Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.
Runtuhan gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan
JBPM memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.